Isnin, 9 November 2009

Muhammad Isyraf Thaqif

Aksi posing Ahmad Faiz tiru gaya Amar Danish.Semua nak sama.
Nak pakai jeans pun sama-sama.

Cucu ke-6 dalam family kami

Isyraf yang thaqif(bijaksana)

Sangat kuat minum.Air zam-zam pun bole saja.




Ahad, 11 Oktober 2009

Salam Aidilfitri dari London


ini potret raya kami tahun ini

huhu...background kat LONDON tu...

Selasa, 29 September 2009

Salam Lebaran

umur saya 6 bulan!

kenangan di rumah arwah Tok Muda..tahun depan tak datang lagi ke?




antara orang-orang yang terkaya di pagi raya.. walau dimana saja berada kita tetap bersama dan sewarna(asha je lari tajuk sket)

sape rajin nak edit pic atas ni dan masuk kan dalam pic bawah ni..i blanje Kenny Rogers..yeayyy



Salam Lebaran..lepas raya..semua pun kembali LEBAR...hehe






Selasa, 8 September 2009

Kenangan di Tanah Suci

saya sangat suka gambar ni
ini pemberian sahabat baik saya dari Tanah Suci..ALHAMDULILLAH


Rabu, 2 September 2009

Umrah Ramadhan

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah....selesai sudah perjalanan umrah saya bersama mak dan ayah 14-27/8 yang lalu.Sangat seronok dan teruja untuk berpuasa disana.Dapat berpuasa 5 hari sudah cukup meninggalkan kenangan indah dalam hidup saya.Sangat berbeza berbuka puasa disana cukup dengan air zam-zam dan kurma serta roti pemberian dermawan2 di Masjidil Haram.Disana memang cukup menguji kesabaran dan keikhlasan kita.Semuanya Allah tunjukkan secara langsung mahupun dari segi ujian dan ganjarannya.

Bersama emak sementara menunggu solat Isyak...
Lihat jutaan manusia..seperti musim haji

bersama mak ayah dan besan


rindu saya untuk datang lagi
sahabat baik saya yang lewat seminggu kesana akan pulang hujung minggu ini..teringat semasa disana,saya balik terawikh kejutkan dia sahur...apabila dia disana dia pulak lakukan perkara yang sama pada saya..
kami saling mengirim doa...moga ALLAH terima amalan kami,menjemput kami lagi kesana dan menemukan kami dengan Lailatul Qadar,meskipun tak sempat bertemu di Mekah...moga2 kami menemuinya di tempat kami...AMIIIINN...



Selasa, 4 Ogos 2009

rasa nak hempuk

tadi saya letak status begini dlm fb

mengingatkan kawan-kawan amalan nisfu syaaban hari ni..solat sunat nisfu syaaban dan bacaan yaasin selepas maghrib..
ada pulak sorang ni tanya mcm ni

kak kene buat hari ni ke? solat sunat tu nk buat bila?
...adehh..bole tak ko baca status aku tu 18 kali dan faham kan bahasa mudah aku,kenapa la..kenapa la..ko ni..
...aku penat..

Isnin, 3 Ogos 2009

Ahmad Amar Danish sudah 5 bulan!!


ini budak setiap hujung minggu memang jadi hak saya..


melihat dia membesar di depan mata,tak sedar dah 5 bulan rupanya,patut la makin lama didukung makin lenguh tangan saya,maktok memang surrender la nak dukung ini budak lama-lama..




sudah pandai meniarap,kalau tido dengan saya atas katil king size tu seolah2 katil tu dia yang punya,berpusing 360 darjah macam helikopter






sudah pandai ketawa terbahak-bahak sampai meleleh air liur dia kat muka orang lain





sangat suka hisap jari sehingga terlena..

amar..amar..amar...semua sayang amar...





AHMAD(Yang Terpuji)

AMAR(Yang Ramai Zuriat)


DANISH(Pengetahuan,Bijak)










ketika cinta bertasbih..ketika hati merintih


salam..tajuk lagu itu yang menjadi siulan saya sekarang ni..sangat menyentuh liriknya..


3 bulan blog ni dibiarkan bersawang,memang sangat sibuk 3 bulan kebelakangan ini,dihadapan saya pelajar,pelajar,pelajar..pernah 7 hari seminggu berada disekolah,apa jua nama program,gerak gempur,julang,perkampungan ilmu..yang pasti buat nafas saya jadi pendek-pendek..memandu seorang diri dihari minggu untuk mengadap pelajar ni memang kena jihad..dengan hujan lebat awal pagi,pelajar yang datang lewat seorang demi seorang dengan gaya selamba..buat saya rasa nak putus nafas!!




bersama penganjur trip ke Sarawak kali ni..tahun depan kita jalan Sabah ye..

cuti israk mikraj baru ni saya terbang ke Sarawak,jalan-jalan untuk rehatkan badan..cukup la beli belah ala kadar,kena menyimpan duit untuk agenda saya yang seterusnya..yang pasti saya puas dan sangat gembira dapat lihat tempat orang..saya terima peluang jalan-jalan kali ini sebagai salah satu hikmah dariNYA..berdetik jugak hati kalau itu,kalau ini..walau apa pun saya gembira dan sangat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang...dikeliling saya ada orang yang saya sayang dan menghargai saya..itu sudah CUKUP!!





beg untuk ke SANA...sudah lengkap segala isinya.tunggu masa untuk dibawa pergi..


hati bagai tak sabar-sabar untuk keSANA..ada 11 hari lagi,cuti H1N1 kali ni saya ambil peluang untuk menyiapkan diri dari segi fizikal dan mental.Jemputan sebagai tetamu ALLAH yang saya terima pada hari jadi saya yang ke-32 kali ni sangat bererti dan akan meninggalkan kenangan paling manis dalam hidup saya.Berbagai dugaan saya hadapi kebelakangan ini,dengan kerenah Pengetua,kereta saya hampir-hampir eksiden di Bukit Putus..itu semua saya terima sebagai peringatan dari DIA agar sentiasa bergantung harap pada DIA.Betul semua ini datang dari DIA..rezeki yang tidak disangka-sangka cukuplah ALLAH baginya..lirik nasyid itu memang meninggalkan kesan yang mendalam..



beg untuk ke SANA juga..pemberian dari rakan saya tu,belum ada isinya lagi(macam hati saya jugak...huhu) pesan dia,"bawak beg ni ke SANA tau"

soal hati memang tiada siapa menduga..walau pun saya keraskan hati untuk menolak unsur-unsur C yang datang,tapi kadang-kadang goyah juga..seorang rakan sejak akhir-akhir ni sering menghantar sms yang menggetarkan,juga memberi saya beg SEED putih ini untuk saya bawa ke SANA...sungguh saya tak sangka dia berhajat untuk bersama-sama ke SANA bersama saya,sanggup menukar tarikh supaya kami boleh berjumpa disana kerana kami berlainan agen.


Saya cuma mengharapkan ketenangan walau apa jua kesudahan cerita ini.Pengalaman lama buat saya belum kuat untuk menempuhi jalan sama untuk kali kedua..




Bertuturlah cinta mengucap satu nama

Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku

Cinta yang bertasbih mengutus hati ini

Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih

Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta

Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa

Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu

Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Ketika cinta bertasbih