Ahad, 23 November 2008

...

semalam mak masak nasi lupa nak tutup periuk

tadi mak tumis bawang dan serai untuk masak gulai sambal sampai hangit

lepas tu mak lupa nak masuk kan bawang besar


hati dan fikiran mak resah

saya risau.mak jangan sakit tau

D O A

Doa ketika dukacita dan sedih

Photobucket

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Photobucket

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.


Doa supaya dapat membayar hutang

Photobucket

Maksudnya:
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain.


Photobucket

Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.

Jumaat, 21 November 2008

layan

wanita

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza


Chorus:
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

ha a a...

Satu yang ku mahu
Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami

Wanita... ooo...
Ku wanita... uuu...
Wanita...


Khamis, 20 November 2008

makan


tadi atok baru balik dari mesjid.hujan lebat.

mak tok ketuk pintu bilik,"ayah bawak balik nasik lemak dan rendang,jom makan!,jom laa.."

ayohhh mak ni.."tak nak la mak"

itu la mak.selalu suruh saya diet,tapi bila makan je mesti panggil saya.cemana nak diet??

oh.saya masih di depan laptop ni tak berganjak dari katil.sebab dah set pukul 9.30 nak tengok NIYANG RAPIK.kalau saya keluar dari bilik sebelum pukul 9.30 nanti takut saya terbabas ke dapur.haha...baik saya update blog

ok berbalik citer mak.betul kata kawan-kawan saya sebelum saya meninggalkan J* dulu.bagus duduk dengan mak ayah,semua cukup.makan cukup,tido cukup,rehat cukup,KASIH SAYANG pun cukup.masa bulan puasa kalau diaorg nak ke pasar ramadhan mesti akan call dulu tanya saya nak makan apa.mula la nak order macam-macam.tapi kalau saya nak ke pasar ramadhan kalau saya tanya mak nak makan apa?...jawapan:ntah la.beli je la kuih apa2.

itulah MAK

kadang-kadang tak tau macam mana nak buat mak gembira.hati mak sukar dibaca.tapi saya tau mak KUAT walau badan mak kecik

semoga saya KUAT macam mak

okey..NIYANG RAPIK dah nak mula...byee

pic nasi lemak tu sekadar hiasan saje..

Rabu, 19 November 2008

makan saje

harus lah blog ku ini menjadi blog masak memasak di coti skolah ini.nak kuar pun malas.ujannnn saje.tunggu le pak su balik nanti baru syok nak jalan..hari ni berebut nak masak dgn mak tok.dia nak masak ayam masak lomak cili padi,saya pulak teringin nak buat western food.boring la..makan nasi hari2.bole ke boring makan nasi??maka..inilah menu hari ni.tetamu yang ada mak ngah saje,dah petang baru pak tam balik.nasib le..makanan udah licin...


ayam black pepper,coleslaw dan juga kentang putar ku yang sangat la banjirnya.terlebih suda susunya..tapi takpe.licin juga kentang itu
dimakan oleh kanak-kanak bertiga ..
huhu...ada air blackcurrant.tapi alia sebut berina..hehe..nak selongkar cari pinggan yang lain dah tak sempat.


maktok dari mula cuti lagi dah sebut nak buat karipap,sebenarnya ada malas sket nak buat karipap ni bila part nak kelim tu..ayooo...lambat mau siap.pinggang sakit ooo..sekali bila inti karipap dah siap,baru nak uli tepung tengok2 majerin pulak dah berkulat.majerin stok raya hari tu.harus lah dah berkulat.yeaayyy.....sesi mengelim karipap ditundaaa....tapi tengok muka mak tok mcm frust je tak dpt mkn karipap.kesian pulak.maka saya mendapat satu idea untuk buat samosa.bole cepat makan.takyah susah2 mau uli,terap,canai,kelim bagai...cepat2 salin baju dan ajak mak ngah ke G...

untuk mendapatkan ukuran samosa ni kena beli kulit popiah yang besar tu dan potong kepada 3 bahagian..perhatian kepada mak ngah su:sila ikuti panduan melipat samosa ni,kot kat U* nanti rindu kat samosa saya ni kee...bole le rujuk blog i ni..hehehe..
letak inti di sudut kulit popiah eh..jgn byk sangat nanti susah mau lipat
lipat cantik2,kalo rasa inti tu kurang tambah le
lipat lagi.pastikan kemas lipatan tu untuk mendapatkan bentuk segitiga tu ye..
apabila hampir sampai di penghujung jalan,eh.penghujung kulit popiah tu..pastikan dpt bentuk yang begini,sapukan kuning telur sebagai gam ye..nanti terburai pulak bila goreng
lipat kemas2...ada la rupe segitiga kan...



ini rupa sebelah lagi samosa tu...sedia untuk digoreng,kalau tak nak goreng semua,layak la samosa itu di frozenkan

jemput minum petang....inti karipap yang dihasilkan itu boleh dapat 100 keping samosa.lagi senang buat sendiri.kalau beli tu 10 biji 4 hengget...mahal le jugak

Ahad, 16 November 2008

cuti-cuti sekolah...

salam
sengaja saya tunggu cuti sekolah ni untuk update blog ni dengan panjang lebarnya.cuti 6 minggu ni takde apa pulak nak buat nanti kan..

9 Nov 2008

perkahwinan amry dan faizah
tukar font kaler la pasal tema majlis tu pun purple..so,makcik-makcik dan pakcik-pakcik akan dpt bunga yang cantik ini.ada yang pakai kat perut,ada yang pakai kat dada..


datuk-datuk

datin-datin

maktok dan bunga


14 nov 2008

last day skolah,masing2 pakat nak buat pot luck



nak masak ape eh??sila abaikan pearl choco kat belakang tu.tak tersenarai dlm resipi kali ni ye...



oo...puding nata-de-coco-tail


petangnya,budak kecik ni n family nya balik...kalau dia berjaya masuk bilik saya,inilah kejenya...asha nak buat misai katanya

ni saya yang mekap kan..pandai pulak cari mekap umminya suruh saya mekapkan

15 nov 2008

pakteh ke Temerloh ada wedding kawan dia..dan membawa pulang ikan patin.waa...faveret saya ni.teringat masa duduk kat Karak dulu...sedap dimasak tempoyak je ni.fuhhhh


tak sabar nak makan niii


sayur campur
sirap limau

puding roti untuk minum petang

angin R datang,banyak pulak saya masak..hehe.cuti skolah kena la masak.kasi maktok rehat...

oh..ni momento pakteh dapat dari wedding kawan dia tu...cantik kan...
sekian sahaja entry panjang minggu ini

Sabtu, 8 November 2008

Live well,stay youthful,be beautiful with BERRY GEN

waa...sejak akhir-akhir ni A dan A sangat rajin menghadiri seminar.release tension ok....dah dekat2 nak cuti skolah ni macam2 pulak hal kat sekolah.jadi haruslah kami bergumbira berjalan-jalan di hari cuti..seminar kali ni @Allson Klana...rindunya nak makan buffet ramadhan lagi kat sini.sodap.sodap...



muka excited(macam gini ke?) bila tengok byk hadiah lucky draw

banyak hadiah lucky draw..tapi satu pun saya tak dpt..org tu je dapat..jelesss
saya dpt ni je as door gift.suka tgk spoon kaler ijau tu.semua org dpt satu sachet berry gen..sedaappp..terus order sekotak

kepada sesapa yg berminat dgn produk ni contact la saya.malas nak taip (bole gitu?)sebab tak dpt hadiah lucky draw
huhu

Jumaat, 7 November 2008

posto..posto


Jemputan menghadiri Perjumpaan Bekas Pelajar Sekolah Agama Rakyat Taman Marida.nama pada envelope yang pertama tu jemputan khas kot sebab kalau ada anugerah anak sape paling ramai masuk SAR TM harus atok yang dapattt kan...

semua org dpt posto.tapi pak long nya takde.why??
Kepada yang berkenaan sila hadirkan diri anda untuk memeriahkan majlis ini

tengah ada mood nak update blog.layan goreng pisang n ice milo...

Khamis, 6 November 2008

Safety and Impact of Plastic Seminar@PGH

Minggu lepas,kami(sila baca sbg A dan A) menghadiri seminar di Palace of Golden Horses,Mines.Bosan tak kemana-mana,lebih baik join seminar.dapat jugak input dan free gift(tu yang penting..haha)





ibu-ibu yang berjaya naik bas..hehe.lama tak naik bas kan
pakai kaler sama nanti ilang senang carikkk
MAMA..top RM 1 million sales..banggaaa

antara produk-produk terbaru tupperware

kami dapat ini....yeaayyyy