Isnin, 29 Disember 2008

Coretan di akhir 2008

Oleh kerana ijab kabul di tangan lelaki, tidaklah bermakna kami si tulang rusuk yang bengkok ini perlu dipermudahkan.

Oleh kerana wang ringgit banyak berkepuk, pasak rumah yang dibina tidak semestinya kukuh bertahan.

Oleh kerana hati ini merindu, tidak bermakna rasa itu adalah cinta yang membara.

Oleh kerana harga petrol turun, harga barang makanan tetap juga menaik.

Oleh kerana kita yang datang awal, tidak semestinya kita yang pertama.

Oleh kerana hujan sudah berhenti, adakah tanda banjir tidak akan melanda?

Oleh kerana tidak bersama, apakah pasti rasa itu sudah tiada?

Oleh kerana duduk bersebelahan, terjaminkah ikatan setia?

Apa yang cuba saya katakan? Satu campur satu tak semestinya menjadi dua. Yang tersurat dan tersirat...jauh bezanya. " Rasa" itu tidak boleh dilihat di bawah mikroskop. Yang ada hanya ramalan... yang ada hanya rancangan. Yang tentunya kebarangkalian untuk gagal atau berjaya adalah 50% sama banyaknya. Ditambah doa, akan meningkatkah kepada 70%? Haha...kita mesti terus berusaha...SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 1430 HIJRAH DAN 2009 MASIHI

Jalan-jalan Ledang Resort

disebabkan budak-budak pun dah bising dah lama tak mandi2...kami pun bermalam la di ledang resort..
gaya mendada alia
menu wajib kalau ke Muar..asam pedas


bilik penginapan kami...tak yah nak jalan jauh2 ke Cameron Highlands..memang sejuk malam tu..kami tido tutup aircond..

malam2 pun kami mandi pool lagi



pukul 9 pagi dah main air.rendam sampai kecut
maka..berakhirlah percutian 2008..insyaALLAH ada rezeki 2009 kami jalan-jalan lagi...





Jalan-jalan Pantai Irama Bachok

al kisah dah selesai bekwoh(kata org kelate big work)..haruslah kami berjalan-jalan mengisi perut sebelum pulang

snake show d tepi pantai
make colek..shedapppp


air nyor

pengantin baru yang kami kidnap bawak balik



cantik..tapi nov hingga mac merbahaya untuk mandi
kalau idak mau pak su la yang terjun dulu





pernikahan along

alhamdulillah
25 Disember yang lalu bertambah lah seorang lagi ahli keluarga yang baru
tahniah untuk along dan eny(pas ni kena panggil kak long)
semoga sejahtera hingga ke akhir usia
yang sulung dan yang bongsu
sekali lafaz...

maskahwin nya...



ku milikmu...


tahniah juga dari kami untuk kak long yang akan mendaftarkan diri untuk KPLI pada
12 Januari 2009
bertambah ramai le cikgu-cikgu dalam rumah kami..
syukur..