Jumaat, 29 Ogos 2008

pra RAMADHAN


our BIG family

pandang kanan.faiz dan alia yang tak faham arahan..haha

alhamdulillah.seminggu sblm Ramadhan kali ni adik saya selamat ditunangkan
suka saya tengok gambar kami sekeluarga begini.macam hari raya.sebab saya pasti pada hari raya nanti belum tentu kami dpt bergambar begini.kalau ayah tengok gambar ni mesti dia suka.nanti mesti dia suruh saya besar dan frame kan gambar ni.



bakal menantu vs bakal mertua
cepat-cepat habis Masters dik.nanti bole kawen.hehe

dari YI
dari YATI
tahun ni kami ber empat

InsyaALLAH tahun depan kami ber lima.yeayyy
YI & YATI
tak leh dok dekat-dekat.hehe



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 51

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

miskin vs kaya

rabu lepas mak ngah sms saya."datang rumah petang ni ambil duit raya"yahoo...
waa..alhamdulillah.dpt komisyen t****ware.memang saya bertungkus-mulus mempromosi barangan tu untuk raya ni.seronoknya saya bole la tukar cermin mata baru yang saya dah intai2 di pekan Ba** K****.

mlm tadi selepas sepetang saya bersama mak ngah dan bibik mengemas rumah lama kami pun bercadang untuk bersuka ria d JJ..sementara menanti makanan yang diorder sampai saya pun membuka wallet....HAH!!!!

berhenti jantung saya sekejap.angpau yang berisi duit komisyen+150(duit hasil jualan brgn tu)+20(duit minyak kete) ILANG!!!who the **** yang ambil?

hilang selera saya nak makan di DELIFRANCE mlm tu.meleleh air mata saya.puas mak ngah memujuk,dia yang pernah kehilangan laptop (bayarannya akan selesai hujung tahun ni)juga pernah mengalami situasi yang lebih teruk dari saya.

sampai rumah saya mengadu pulak pada mak..sabarlah kata mak.mohon pada ALLAH semoga digantikan yang lebih baik dari yang hilang

betul kata mak.ALHAMDULILLAH.tahun ni ada bonus.mungkin saya perlu meningkatkan ciri-ciri keselamatan pada bilik saya.baru saja saya bercerita dengan ayah untuk tukar pintu bilik saya.nanti lah.dapat bonus saya bagi duit pintu pada ayah.

semoga ALLAH menggantikan apa yang hilang dengan yang lebih BAIK.

amin

Selasa, 19 Ogos 2008

mee kari

jemu (ye ke?) makan nasi hari ni saya buat mee kari.saja masak lebih sket dan panggil mak ngah n mak njang dtg rumah kita makan.

mee yang saya basuh berulang kali untuk hilangkan bau kapur.nampak mcm dh kembang sket pulak

nah..seperiuk kuah kari.kalau tak abis esok bole mkn dgn roti

ini saje bhn untuk hiasan.

nampak sedap tak?
"sedapppppp" kata kanak-kanak ni.seorang kanak-kanak lagi yang kelihatan kakinya saja tu saje saya dengki tak mo amek gamba dia.sebab dia tak nak makan mee saya masak...hehehehe

ayat-ayat cinta


album rossa - ayat ayat cinta

Desir pasir di padang tandus

Segar sang pemikiran hati

Terkisah ku di antara

Cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna

Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh


Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

ps: cantik ke design rumah baru ni?

Isnin, 18 Ogos 2008

yeayy...sukaaa

minggu lepas kawan saya yang berkursus di Sabah bertanyakan souvenir yang saya mahukan dari Sabah,saya memberikan dia pilihan samaada kerongsang untuk kebaya(yang 3 sekawan tu)ATAU gelang kristal ATAU apa-apa kerongsang dan dia dengan gembiranya menjawab...OKEYY!!

hari yang berbahagia tadi bungkusan itu pun sampai.kecil saja kotaknya,tapi cuba lihat apa isi didalamnya..(pic kotak dah ter'delete' pulak)
banyaknya...kawan saya yang sungguh baik hati tu menghadiahkan semua pilihan yang saya senaraikan...
saya tanya dia kenapa 3 kerongsang ini sama?jawab dia:untuk is-one,is-two dan is-three..hampeh.menyesal aku tanya

3 kerongsang yang pada fahaman dia untuk pakai kebaya..3 sekawan la tu kata dia.adoiii
gelang kristal ni saya suka sangatttt...bole melaram hari sabtu ni...huhu

minggu ni kawan saya tu kursus di Kelantan pulak,bila ditanya nak kirim apa,saya kata tak pe la(dlm hati karang dia beli budu 3 botol kat aku,sape nak mkn???)

aktiviti masak-masak saya masih diteruskan lagi...menu lunch hari ini...

sup kapla ikan merah

bayam goreng
kek coklat usahasama mak ngah A..sila abaikan corak yang melepek tu.maklum la tangan tukang masak amatur...

ok la,saya nak bwk mak g beli baju untuk majlis sabtu ini...chiowwww

Ahad, 17 Ogos 2008

yeayy..cutiii

waa..tak sabarnya nak tunggu cuti skolah kali ini.memang penat bila semakin hampir nak exam ni.setiap hari 2 jam waktu anjal dengan pelajar rasa macam habis tenaga saya untuk satu hari.minggu sebelum cuti ni cuaca sgt panas,students pun ramai yang demam n batuk.saya pun tak terkecuali,tapi dlm batuk2 saya ni,bila ada pelajar yang bagi buah manggis,saya sapu jugak..hahaha..rezeki

mak yang kurang selera makan sejak akhir-akhir ni mengadu pada saya dah tak tau nak masak apa setiap kali saya balik dari sekolah.so, saya janji dengan mak,cuti skolah kali ini biar saya je yang masak.kesian mak..saya bila balik dr sekolah memang flat terus..tapi badan tak susut2 jugak...hehehe

so,saya ajak mak ngah A buat projek masak-masak cuti ni,kemain lagi kami memborong brg2 untuk buat projek masak-masak ni.kat G***t pun dh byk dijual peralatan/bhn2 untuk buat kuih...so,projek pertama saya hari jumaat mlm lagi dah mula...

apple muffin saya..

satu adunan saya dpt 25 muffin.manis sgt kata mak.lain kali saya nak buat lagi dgn mengurangkan gula dan adunannya.saya beri 12 muffin pada mak ngah A dan yang selebihnya saya dan SEMUT makan.geram nyaaaaa....baru berhajat nak beri pada org lain semut dh mkn dulu...akhirnya saya buang saja muffin saya tu.sedih oo...dah la brg mahal skrg ni.bila saya campak muffin tu dlm tong sampah,macam saya campak duit saya dlm tong sampah..ape nak buat,salah saya juga...kena buat sampan supaya semut tak bole sampai ke bekas muffin saya tu patutnya!!






hari Sabtu mak dan ayah ada kenduri di 2 buah rumah.saya yang tinggal sorang2 dirumah memang la sangat malas nak masak.saya hanya menghabiskan masa mencuci pakaian dan menyiapkan barang2 hantaran untuk majlis Sabtu depan.dah jadi tabiat saya,kalau menyiapkan barang-barang hantaran tu masa takde org kat rumah.agaknya bila duduk sorang-sorang ni mencurah-curah idea yang datang.saya rela tak mandi dan makan..hehe...selesai je saya menyiapkan kerja-kerja tu mak pulang dengan lauk ayam kurma dan kari
daging.alhamdulillah rezeki....so,takde la projek masak-masak untuk hari sabtu ni..saya hanya masak nasi saje...





(15 syaaban-nisfu syaaban)saya menziarah adik ipar di Hosp Tuanku Najihah..kesian dia mabuk teruk dan kekurangan air.pertama kali sampai di hospital ni jakun jugak.bila adik ipar kata wad 6 dlm kepala saya tingkat 6,tapi hosp ni 2 tingkat je??..hehe...hospital ni nampak tenang je,tak sesibuk Hosp Tuanku Jaafar dan pesakit pun tak ramai dan oleh sebab itu adik ipar saya selesa di hosp ni.saya berdoa kali ini agar mak dpt berjumpa dengan besannya di hosp ni,tapi doa saya belum dimakbulkan lagi.InsyaALLAh panjang umur mak dapat berjumpa dengan besannya.Ini juga lah doa saya dan mak ngah A sebelum sampai di hosp ni.


balik dari hosp saya hantar mak balik dan terus ke jemputan birthday party cucu mama tupperware.saya dan mak ngah serta kanak-kanak tu berpusing-pusing mencari rumahnya di R***h K*****n...sangkanya RK tu di belakang K Square..tapi silap.maka kami terus ke S2..sampai kesana berpusing2 lagi mencari RK sehinggakan Alia dah hampir mahu tidur kepenatan.

sampai disana majlis dah bermula,ada acara bola beracun,tapi kanak-kanak 3 org tu biasa la,anti-sosial sikit,puas dipujuk pun tak nak join.tapi hadiah nak pulak.ada juga cabutan bertuah,macam party tupperware pun ada jugak....lepas masing2 dapat hadiah,kami terus cabut balik

lucky draw yang saya dapat

sampai kerumah mak dah sound saya-"kata nak masak untuk seminggu?"..hehe..adoiii...saya sengih je dan offer hadiah yang saya dpt tadi kat mak.tapi mcm biasa la...tak laku pun offer saya.merajuk la tu..



so,kembali dengan projek masak-masak saya hari ni

masak lemak peria dan udang

saya bedak kan ikan dan udang saya dengan tepung tempura...
hehe


sengaja saya menaip panjang-panjang untuk entry saya yang ke-200 ni..seronok pulak bila dah mencapai entry yang ke-200..macam tulis 200 mukasurat..hehe..chowww














Ahad, 3 Ogos 2008

musim kahwin dtg lagi..

Majlis Edy n Ezy d Sementa ..menitis juga air mata bila menghadiri majlis ni.Persandingan pengantin ini tanpa kehadiran ibu pengantin lelaki yg meninggal dunia 5 tahun lalu.semoga kehadiran menantu perempuan ini dapat menambahkan keceriaan keluarga Cik E..
duaorg kanak-kanak ini yang tak boleh berjauhan bila berjumpa..

semalam majlis pernikahan linda n anas(abaikan saja tarikh pada pic tu)...aksi menghirup kuah laksa dengan selamat..hehe
gambar majlis berinai yang sempat disambar sebelum pulang..
majlis persandingan hari ini ..manissss....
saat yang dinantikan oleh budak-budak dan mak budak...acara rebut gula n duit yang ditabur /dilempar/dibaling(kena kepala sakit oiii) oleh pengantin...
kesedihan di wajah alia kerana tidak berjaya merebut gula-gula..budak-budak sibuk rebut gula-gula..i sibuk kutip duit...huhu...banyak tuu



hasil kutipan gula-gula...port kita line clear..pengantin lelaki 'baik' punya lempar gula-gula...takde sape pun nak rebut dgn kita...3 orang kanak-kanak ini yang riang duduk atas pelamin walau berkali-kali disuruh turun...
tahniah pada family Wak U kerana mendapat menantu dan cucu pada hari ini...semoga tahun hadapan bertambah lagi ahli keluarga...

kenduri kali ini mata saya sakit dan hati saya panas..kelihatan ada tetamu yang datang ke majlis ni berpakaian alahai....macam nak pergi shopping kompleks...patut kah yang perempuan berseluar jeans atau memakai seluar pada majlis kenduri yang menjunjung adat dan budaya melayu begini...tak habis-habis mulut saya membebel sehingga ditegur oleh maktok.memang mulut saya tak boleh tahan tengok perempuan-perempuan yang berpakaian begini.ok,saya tahu majlis ni berdekatan dengan tempat membeli belah,kot-kot lepas kenduri ni nak pergi shopping ke sana...kenapa?salah ke nak pakai baju kurung nak pergi shopping kompleks lepas ni???mungkin sebab majlis kenduri ni bukan macam zaman dahulu,makan perlu duduk bersimpuh,sekarang ni makan di meja bawah khemah yang membolehkan anda pakai sedemikian??dan...adakah anda akan berpakaian sebegini juga jika jemputan majlis ini diadakan dihotel 5 bintang atau di dewan PWTC?

kembalikan la budaya kita dengan mengekalkan pakaian tradisional kita dimajlis2 begini...ada tetamu beragama Hindu yang datang ke majlis ini dengan berpakaian sari...so,kenapa kita yang beragama Islam nak datang ke majlis begini dengan memakai jeans???

nasib baik lauk-pauk yang dihidangkan tadi enak-enak,kalau tidak harus ku membebel2 sepanjang hiway tadi...

oppss.....teringat lauk kenduri buatku lapar...jumpa lagi..

supaya penerangan ku lebih berkesan,maka diberikan contoh pakaian yang sesuai dipakai di majlis perkahwinan Melayu(gambar ini diambil semasa sambutan Hari Guru yang lalu)

cantik kan berpakaian begini ke majlis perkahwinan Melayu?