Rabu, 25 Jun 2008

GOOD MORNING !!!




Making a million friends is not a miracle,
the miracle is to find a friend
who will stand by U
when a million are against U !!!




Ahad, 15 Jun 2008

21st century..

Our communication - Wireless

Our dress - Topless

Our telephone - Cordless

Our cooking - Fireless

Our youth - Jobless

Our food - Fatless

Our labour - Effortless

Our conduct - Worthless

Our relation - Loveless

Our attitude - Careless

Our feelings - Heartless

Our politics - Shameless

Our education - Valueless

Our follies - Countless

Our arguments - Baseless

Our Job - Thankless

Our Boss - Brainless

Our Salary - Very less

Ayah


Selamat Hari Bapa untuk ayah biarpun belum berkesempatan untuk bawak ayah makan-makan di luar.Saya tahu,biar pun ayah tak mengharapkan anak-anak untuk meraikan hari bapa ni,tapi saya akan tetap meraikan sambutan hari bapa ni biarpun terlewat..
Setelah hampir setahun tinggal sebumbung dengan ayah ni,saya rasa lebih menghargai tentang kehidupan yang saya ada-kehidupan sebagai seorang anak yang masih mempunyai ayah..kerana itu saya rasa geram bila ada anak-anak yang mengabaikan ayah dlm hidupnya,seolah-olah mampu hidup tanpa ayah,lupa jasa-jasa ayah yang lalu,sering menyalahkan setiap tingkah laku ayah...
Ayah yang hampir mencecah usia 63 tahun(usia kewafatan nabi kata ayah),yang selalu menjadi tempat luahan hati saya bila setiap kali saya merungut tentang hal kerja,yang selalu menunggu saya di pintu pagar awal pagi sebelum saya pergi kerja,yang selalu akan mengecas handphone nya setiap malam,walau tiada siapa pun yang akan membuat panggilan untuk ayah-justeru saya akan menelefon mak melalui handphone ayah supaya handphone ayah tu akan berdering-dering..:)...yang selalu akan pergi ke rumah lama ayah untuk mengambil kalau ada surat-surat untuk anak2,yang tak pernah bising-bising dengan saya bila saya selalu lupa tutup heater di bilik mandi,yang tak akan kejutkan saya tidur apabila hari cuti saya masih lagi di katil biarpun jam hampir 9 pagi,yang selalu ingatkan saya untuk service kereta,yang hanya percayakan saya untuk memegang kunci dan stereng keretanya di masa kereta saya kemalangan dulu,yang tenang menerima berita saat saya ditimpa malang dgn katanya-'hidup kita bukan untuk orang lain,lina masih ada mak dan ayah'..
sesungguhnya saya berdoa agar dapat menyambut HARI BAPA lagi pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang...semoga ayah sentiasa disisi anak-anak yang menyayanginya..

Hati

Hati saya lapang... selapang padang sekolah rendah saya yang luasnya hanya sekangkang anak kera berumur 3 bulan? Haha... Besar mana tu ya? Emmm... tentulah tidak sebesar mana! Tentulah juga asyik off side... Tapi saya tabah...walau tersadung dek akar yang berselirat kerana padang yang tidak terbela... saya akan bangun semula.
Jiwa saya tenang... setenang ombak laut waktu airnya surut. Kocakan dan badainya tidaklah kuat namun saat menghempas pantai... getarnya tetap ada. Nama pun ombak... pasang surutnya sudah lumrah alam. Sekejap tenang...sekejap lagi tidak.
Nurani saya sayu... walau dihujani gelak tawa yang mesra di telinga, walau hati terusik dengan dong2nya...walau bibir tidak berhenti mahu mengukir senyuman.
It's a mixed feeling... and I'm riding a snowball... as the time passing by, I keep on rolling.... bigger and bigger. Unfortunately, when the season change... I'll be leaving high and dry! Tentu sakit bila jatuh,kan? Dan kesakitan itu walau sudah dijangkakan... pastinya tetap juga menyakitkan. Mahu berhenti? Emmm....biarlah dulu.

Al.Kausar



Ertinya:
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus."

Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu.Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Jalan-jalan Bukit Merah Laketown Resort

waa...belum habis lagi rupanya aktiviti jalan-jalan saya..kali ni ke Bukit Merah Lake Town Resort,Perak...rezeki...alhamdulillah...

muka kanak-kanak yang tak sabar nak g berjalan-jalan...hari2 tanya bila nak tidur hotel

jalan-jalan ke Taiping dulu..

taman tasik taiping


alia n honeystars...

alia tak habis2 dgn peace

posing dulu sebelum terjun





tembak ketiak paksuuu...


Aisyah yang berani dan Faiz yang penakut

percubaan untuk 'menanam' Faiz


GAGAL!!


menaiki sky cycle

aksi kejar-mengejar sky cycle


pemandangan dr atas air sky cycle

bye bye bukit merah...

Jalan-jalan Jakarta(3-7 Jun 2008) Day 4 & Day 5


setiap kali makan masakan sunda,mesti ada ikan ni-ikan nila


peminta sedekah ada dimana2

monumen di lapangan terbang

KLM Air France-pesawat yang membawa kami
hari akhir ni dah malas nak amek gambar,lebih byk acara shopping,maklumla hari terakhir bergelar 'jutawan'..hehe
panjang umur moga bersua lagi di Jakarta..

Jalan-jalan Jakarta(3-7 Jun 2008) Day 3


perjalanan ke Bandung melalui hiway

koran-surat khabar
teknik pemint a sedekah-catkan badan kaler silver
menaiki mobil khusus untuk ke gunung Tangkuban Perahu Gunung Tangkuban Perahu...macam perahu terbalik.
lagenda sangkuriang dan dayang sumbi...kisah anak yang jatuh cinta dengan ibu kandung sendiri
di puncak Gunung Tangkuban Perahu...sejukkkSari Ater Hot Spring


Restoran yang menghidangkan makanan sunda..

pisang keju..lazattt

tempat penginapan

Sabtu, 14 Jun 2008

Jalan-jalan Jakarta(3-7 Jun 2008)Day 2 lagi..


penginapan hr kedua..

ladang teh benalu

taman safari Indonesia
ala-ala jurassic park..semua haiwan dilepaskan
jgn sape berani turun dr bas..awas!!

Jalan-jalan Jakarta(3-7 Jun 2008) Day 2


bas pelancong(pariwisata-bahasa indonesia) yang membawa kami jln2..disediakan tempat untuk merokok dlm bas di belakang(dlm cermin)

waaa...kereta idamanku menjadi teksi di bandar Jakarta!!

angkutan-ala2 beca...ala2 mat rempit,suka2 dia je nak belok ke nak berenti ke...

murah giler weii tol...Rp2000=RM0.70...ikut hiway hari2 g keje pun takpe kalau mcm ni...
masjid Ibu-Tindi pelamin Minangtak pasal2 kena caj Rp20000 pasal amek gambar dgn mascot nisi cilik peminta sedekah
tempat pertama lawatan kami Taman Mini Indonesia...
mini tapi besar sgt,tak larat nak jalan kaki..so...dok dlm bus je pusing2...oppss,kat Indonesia kalau pusing tu pening kepala...so,kita putar2 dalam bus je..