kedatangan febuari mengingatkan saya berbagai perkara dan juga kerja yang perlu dibereskan.ujian bulanan,mesyuarat pibg,hari sukan dan acara besar yang akan berlangsung bulan mac nanti..
oohh...saya memang dalam keadaan yang sibuk,tertekan,penat dan ditambah lagi dengan cuaca yang panas sekarang ni.
minggu ni diadakan ujian pertama untuk pelajar tingkatan 5,hanya bab 1 dan satu perempat dari bab 2 sahaja yang diuji..berkali-kali saya mengingatkan pelajar untuk membuat ulangkaji bagi tajuk ini.hasilnya hanya 5 dari 33 orang pelajar saja yang lulus.hati saya panas apabila mengenangkan sikap pelajar pada hari ujian diadakan,tiada calculator dan tiada kertas graf.berlari saya ke bilik guru untuk mengambil kertas graf dan memberinya secara percuma kepada pelajar..
hasilnya,ramai pelajar yang mengembalikan kertas graf kepada saya dengan hanya menulis nama mereka sahaja..tadi saya denda pelajar yang gagal dengan berjalan itik disepanjang koridor.ada juga pelajar yang ponteng kelas saya tadi sebab tau saya akan denda mereka hari ini.saya dah set kan mode 'invisible' untuk pelajar2 tu...saya sudah anggap mereka tak wujud di depan mata saya.
seorang pelajar menulis "******* gemok la" pada kertas jawapan ujian.pelajar itu sering ponteng kelas,tahun lepas dia hutang duit buku kerja pada saya,pada hari ujian dia tidor sahaja sepanjang ujian berlangsung,kali pertama saya kejut kan dengan menarik telinga,kali kedua saya tarik side burn dan akhir sekali saya suruh dia berdiri sepanjang ujian.tak tidor pulak dia masa berdiri!
akhirnya, dia sekadar mendapat 5% sahaja markah.itu pun nasib-nasib kena peluru tabur.
pelajar ini memang sudah dibuang sekolah,tetapi ibu dia datang merayu-rayu sambil menangis minta anaknya di sekolahkan semula.pada saya,anak dia memang sudah tidak minat belajar,suka merokok,merempit sana sini dengan motor.tafsiran saya mudah sahaja untuk pelajar-pelajar ini,kalau dia tak bawa buku teks saya menganggap dia tidak minat subjek saya,kalau dia tak bawa buku latihan saya menganggap dia tak buat kerja yang cikgu beri,kalau dia hanya bawa beg kosong ke sekolah saya menganggap dia memang datang sekolah untuk buat kacau dan buat cikgu sakit hati sahaja.seringkali cikgu dipersalahkan dalam hal remaja tetapi derita cikgu hanya cikgu sahaja yang tahu..saya dah alami berbagai carutan di dinding tandas,dalam kertas jawapan ujian malah dalam surat berantai juga ada..
satu fenomena yang saya perhatikan sekarang ini,kalau majikan boleh buang pekerja yang malas,kenapa sekolah tak boleh buang pelajar yang malas dan bermasalah?
betul..salah satu matlamat dan dasar pendidikan negara adalah semua individu mesti mendapat pendidikan.tercapai kah pendidikan yang diberikan kalau pelajar selalu ponteng?
satu lagi dilemma yang saya hadapi sejak tawaran ke SMT dikeluarkan,pada pelajar yang diterima masuk,tahniah dan saya mengharapkan mereka menggunakan peluang ini dengan sebaik nya,pada yang gagal dan membuat rayuan,ada sahabat/kenalan/jiran yang mohon saya pertimbangkan rayuan anak mereka ke sekolah saya.apa yang mampu saya nyatakan,saya sekadar menyampaikan surat rayuan mereka kepada pentadbiran,saya tiada kuasa untuk meluluskan rayuan mereka.saya jadi bertambah stress apabila mereka kerap menghubungi saya bertanya kedudukan anak mereka...
apabila saya meneliti surat rayuan itu saya dapati pelajar ini memohon kursus yang tidak layak dengan keputusan masing-masing.saya juga sangat pasti ibu bapa mereka yang bersungguh-sungguh untuk mendaftarkan anak mereka di SMT ini.ada yang memberi alasan anak mereka suka keluar malam dan berharap anak mereka akan terkawal bila berada diasrama.
tanggapan mereka sebenarnya silap,pelajar ini lah nanti yang akan menjadi parasit pada pelajar-pelajar yang lain...menghasut pelajar lain 'fly',menghasut pelajar lain untuk menghisap rokok,membuat kesalahan luar tabii(kisah benar) di sekolah dan bermacam-macam lagi kes yang ibu bapa sendiri tidak jangka.
saya selalu katakan pada ibu bapa, kalau mereka mempunyai 4 orang anak pun tidak mampu mengawal anak sendiri,apatah lagi cikgu-cikgu yang mempunyai 700 pelajar di sekolah ini? ditambah pula dengar pelajar sekarang yang sangat manja,tidak boleh dirotan,dijentik malah disentuh!!
cikgu-cikgu di sekolah saya juga resah dan debar menantikan pelajar baru tingkatan 4 yang akan mendaftar pada isnin minggu hadapan.orang 'di sana' sudah memaklumkan kepada kami jika enrolmen pelajar tidak mencukupi sehingga 700 orang,maka kami perlu menerima rayuan pelajar-pelajar yang parasit dan 'haprak' itu...
memang tugas kami mendidik tanpa mengira latar belakang pelajar,kami pohon pada ALLAH agar menguatkan hati kami untuk terus bersabar dengan 'ancaman' pelajar,terus ikhlas menyampaikan ilmu,dikurniakan tubuh badan yang sehat agar dapat bertugas dengan sempurna dari jam 6 pagi hingga 6 petang disamping bertarung nyawa untuk sampai ke sekolah pada setiap hari sebelum jam 7.20 pagi..
la haula wala quwata illah billa hil 'aliyil a'zim....
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .