Ahad, 24 Februari 2008

Puding Cocktail

disebabkan mendapat sambutan ramai apabila saya membuatnya..
maka ini diperturunkan resepinya..

1 cawan tepung kastard
3 cawan air
1 kotak santan
1 tin fruit cocktail
2 tin susu IDEAL
gula

bahan-bahan kastard:
1.campurkan tepung kastard,air,santan dan gula kedalam periuk
2.kacau sehingga pekat
3.bila agak-agak berkilat dan pekat masukkan dalam loyang.bila sejuk potong kecil2

bahan-bahan kuahnya:
1.tapis buah-buahan dlm tin,ambil airnya campurkan dgn susu IDEAL,masukkan sedikit tepung kastard(supaya kuah pekat),masak hingga mendidih

*seelok-eloknya kastard dibuat sehari awal,supaya ia cukup keras dan sejuk
*tunggu hingga kuahnya sejuk baru campurkan buah-buahan dan kastard
*kalau nak kuah lebih,tambahkan susu segar ke dalam kuahnya pun bole..

selamat mencuba

Jumaat, 22 Februari 2008

Good Loving

cartoon from www.weblogcartoons.com

Cartoon by Dave Walker.

Have a good weekend everyone.

DUN Tell Anybody...

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam

DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh..

Kenapa sekolah perlu cuti hari Jumaat?...untuk membuat persiapan untuk pilihanraya hari Sabtu

Kenapa saya tak suka sekolah dicutikan hari Jumaat?...sebab ia adalah CUTI BERGANTI..bosaaann! kena p sekolah hari sabtu minggu berikutnya!



Rabu, 20 Februari 2008

7C pada perempuan,8G pada lelaki

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan:
7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.
1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.
2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.
3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.
4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.
5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.
6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.
7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........
8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita
1. Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.
2. Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.
3. Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.
4. Gabrah
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.
5. Gentleman tiada Langsung
Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.
6. Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.
7. Ganggo Keterlaluan
Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.
8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.

The Unwanted

Masih Ada Rindu

Sepasang matamu yang sayu
Merenung lembut ke wajahku
Membuat hatiku hancur lebur
Tak mampu ku tahan air mata yang gugur

Sesudah terputus ikatan
Dan tertutup pintu harapan
Mengapa harus berjumpa lagi
Sekadar melepas rindu tak bererti

( korus )
Tidak perlu kau bercerita
Tentang dirimu yang sudah berpunya
Ku tahu kau bahgia bersamanya
Tidak perlu kau bercerita
Tentang dirimu yang sudah berpunya
Ku tahu kau bahgia bersamanya
Hapuskan sahaja kenangan cinta kita

Meski antara kau dan aku
Masih ada kasih dan rindu
Tapi apa guna itu semua
Hanyalah menambah derita dalam dada

Selasa, 19 Februari 2008

Busy like a bee...

Kejohanan Memanah MSSM N Sembilan 2008 (19-22 Feb 2008)

Been a while since my last post. Not that I was busy or anything, just don't feel like writing. Most of you do know that I am online most of the time...byk benda nak citer tapi malas nak karang ayat....

starting from yesterday until this friday,sibuk la dengan kejohanan ni...sibuk ke?tapi mcm tak sibuk..sebab..kejohanan tu berlangsung di SK SP..just 5 minutes journey from my home...bole bangun lambat,no need to hurry in the morning,pukul 10 bole balik rumah breakfast,tengah hari bole balik lunch kat rumah..pastu petang leh tido takyah g..pasal petang shif cikgu lain pulak..bahagia tak hidup begini??hehehe

Wedding Tuty n Zaha
(2 Feb 2008)
tak sempat amek gambar pengantin lelaki sebab little rascals sibuk nak main kat luar..
cantik kan pelamin dia?






Rabu, 13 Februari 2008

Suratan atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan


Isnin, 4 Februari 2008

LAWAK 1 :

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri.... Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu," Lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku." Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."

LAWAK 2 :
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!" Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!" Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai- ramai!"

JANGAN GELAK 3 :
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji" Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya. .
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!" Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol.. Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

JANGAN GELAK 4 :
MENANTU TERENGGANU : MOK...KALU MOK GI KEDAA... TOLONG BELI 'KETANG' 4 KILO........ NANTI KITO BAYAR
MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH... .. SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI....... ......... ......
MENANTU TERENGGANU : LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG'(ubi kentang)... BANYOK-BANYOK NI....
MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang).... . PAH TU KETE MANO PULAKKKK...
MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI 'KETANG'.... . HOK ADA SEPIK NUNG......(sepit / ketam)...

Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.

thanks mama

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.
Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan...

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun... Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti 'Keras'.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda. Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.