Bersamalah k ita ingat mengingati amalan amalan mulia penuh berkat ini BULAN REJAB
Pada 4 Julai 2007 (Jumaat) k ita memasuki bulan Rejab.
Bulan Rejab
adalah bulan Allah swt. Let?s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan
ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab
1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 30 Ogos 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun
berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat
kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3
Rejab (4,5,6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan
pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia
dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu
neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan
dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka
ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan
kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang
menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah
sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan
lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai
Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah
untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercer ita :"Ketika kami berjalan
bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw
berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa
kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah,
mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka
itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu
ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya
mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan
Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban
bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah
satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa
kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah
mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan
yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan
baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu
tahun."
p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

Tiada ulasan:
Catat Ulasan