Selasa, 4 Ogos 2009

rasa nak hempuk

tadi saya letak status begini dlm fb

mengingatkan kawan-kawan amalan nisfu syaaban hari ni..solat sunat nisfu syaaban dan bacaan yaasin selepas maghrib..
ada pulak sorang ni tanya mcm ni

kak kene buat hari ni ke? solat sunat tu nk buat bila?
...adehh..bole tak ko baca status aku tu 18 kali dan faham kan bahasa mudah aku,kenapa la..kenapa la..ko ni..
...aku penat..

Isnin, 3 Ogos 2009

Ahmad Amar Danish sudah 5 bulan!!


ini budak setiap hujung minggu memang jadi hak saya..


melihat dia membesar di depan mata,tak sedar dah 5 bulan rupanya,patut la makin lama didukung makin lenguh tangan saya,maktok memang surrender la nak dukung ini budak lama-lama..




sudah pandai meniarap,kalau tido dengan saya atas katil king size tu seolah2 katil tu dia yang punya,berpusing 360 darjah macam helikopter






sudah pandai ketawa terbahak-bahak sampai meleleh air liur dia kat muka orang lain





sangat suka hisap jari sehingga terlena..

amar..amar..amar...semua sayang amar...





AHMAD(Yang Terpuji)

AMAR(Yang Ramai Zuriat)


DANISH(Pengetahuan,Bijak)










ketika cinta bertasbih..ketika hati merintih


salam..tajuk lagu itu yang menjadi siulan saya sekarang ni..sangat menyentuh liriknya..


3 bulan blog ni dibiarkan bersawang,memang sangat sibuk 3 bulan kebelakangan ini,dihadapan saya pelajar,pelajar,pelajar..pernah 7 hari seminggu berada disekolah,apa jua nama program,gerak gempur,julang,perkampungan ilmu..yang pasti buat nafas saya jadi pendek-pendek..memandu seorang diri dihari minggu untuk mengadap pelajar ni memang kena jihad..dengan hujan lebat awal pagi,pelajar yang datang lewat seorang demi seorang dengan gaya selamba..buat saya rasa nak putus nafas!!




bersama penganjur trip ke Sarawak kali ni..tahun depan kita jalan Sabah ye..

cuti israk mikraj baru ni saya terbang ke Sarawak,jalan-jalan untuk rehatkan badan..cukup la beli belah ala kadar,kena menyimpan duit untuk agenda saya yang seterusnya..yang pasti saya puas dan sangat gembira dapat lihat tempat orang..saya terima peluang jalan-jalan kali ini sebagai salah satu hikmah dariNYA..berdetik jugak hati kalau itu,kalau ini..walau apa pun saya gembira dan sangat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang...dikeliling saya ada orang yang saya sayang dan menghargai saya..itu sudah CUKUP!!





beg untuk ke SANA...sudah lengkap segala isinya.tunggu masa untuk dibawa pergi..


hati bagai tak sabar-sabar untuk keSANA..ada 11 hari lagi,cuti H1N1 kali ni saya ambil peluang untuk menyiapkan diri dari segi fizikal dan mental.Jemputan sebagai tetamu ALLAH yang saya terima pada hari jadi saya yang ke-32 kali ni sangat bererti dan akan meninggalkan kenangan paling manis dalam hidup saya.Berbagai dugaan saya hadapi kebelakangan ini,dengan kerenah Pengetua,kereta saya hampir-hampir eksiden di Bukit Putus..itu semua saya terima sebagai peringatan dari DIA agar sentiasa bergantung harap pada DIA.Betul semua ini datang dari DIA..rezeki yang tidak disangka-sangka cukuplah ALLAH baginya..lirik nasyid itu memang meninggalkan kesan yang mendalam..



beg untuk ke SANA juga..pemberian dari rakan saya tu,belum ada isinya lagi(macam hati saya jugak...huhu) pesan dia,"bawak beg ni ke SANA tau"

soal hati memang tiada siapa menduga..walau pun saya keraskan hati untuk menolak unsur-unsur C yang datang,tapi kadang-kadang goyah juga..seorang rakan sejak akhir-akhir ni sering menghantar sms yang menggetarkan,juga memberi saya beg SEED putih ini untuk saya bawa ke SANA...sungguh saya tak sangka dia berhajat untuk bersama-sama ke SANA bersama saya,sanggup menukar tarikh supaya kami boleh berjumpa disana kerana kami berlainan agen.


Saya cuma mengharapkan ketenangan walau apa jua kesudahan cerita ini.Pengalaman lama buat saya belum kuat untuk menempuhi jalan sama untuk kali kedua..




Bertuturlah cinta mengucap satu nama

Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku

Cinta yang bertasbih mengutus hati ini

Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih

Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta

Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa

Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu

Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Ketika cinta bertasbih


Selasa, 19 Mei 2009

saya


saya adalah seorang gemini. saya akui ada split personality. saya boleh jadi sebaik2 umat...juga boleh jadi sekejam2 manusia (terms & conditions apply...).

bukan saya pinta...tapi itulah takdir saya.

be good to me and i'll be good to you.

the choice is yours.

saya tak paksa.

Jumaat, 1 Mei 2009

...

diedit kemudian..

amar ku sayang

sekitar sesi mencukur rambut amar...






segalanya kuterima



surat panggilan mesyuarat berserta itinery ticket saya renung lama petang rabu lalu

tarikh mesyuarat bertindih pulak dengan mesyuarat di Ilham Resort

ahh..saya bingung

kawan-kawan saya semua menyokong agar saya menerima tawaran keemasan ini

tawaran yang datang bersama ganjaran dan pengalaman yang tidak ternilai harganya

betul kata kawan saya,biarlah boss tidak menghargai kita,tapi ada orang lain yang menghargai kita..

ya.segalanya kuterima..

jalan-jalan ke Terengganu juga satu peluang...

bermesyuarat sambil merehatkan minda..

ohh...kena atur semula belanjawan kali ini..

lepas Terengganu,saya akan ke Kuching dan Langkawi..

sungguh Ronda-Ronda Malaysia saya kali ini..

Alhamdulillah..

ALLAH sengaja..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan dari-Nya .
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang g salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan …
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA
YG HEBAT JIWANYA .
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL .

Wahai sahabat yg kecewa dan prnh kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada akan menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA ...
PERCAYALAH
sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan
HANYA kepada-NYA.

Rabu, 22 April 2009

kek poh kong



seorang ibu (pelajar saya) menelefon siang tadi minta tolong sampaikan barang untuk anaknya,saya kira ibu itu tinggal di sekitar Seremban,rupa-rupanya dari KL..

ibu itu berjanji untuk datang ke rumah saya lepas habis waktu kerjanya..

itulah hati ibu,demi anak-anak walau penat,sanggup bersusah payah bagi memenuhi hajat anaknya..

jam 10 malam,dalam mata saya terkulat-kulat untuk tido,hampir saya terlupa janji dengan ibu ini..saya terima panggilan ibu ini sudah berada di kawasan perumahan saya,tapi masih belum berjumpa dengan jalan ke rumah saya..

kesian pulak saya pada ibu ni,terus saya minta lokasinya dan saya pun pergi mendapatkan dia..
berkali-kali ibu ni memohon maaf kerana menyusahkan saya katanya..dalam saya mamai-mamai tu saya senyum saja...saya sambut bungkusan untuk anaknya berserta sampul yang berisi duit belanja..

bercerita la si ibu ini kenapa dia tak sempat menyediakan keperluan anaknya...pot pet..pot pet...tanpa saya sedari saya ter"menguap" depan ibu ini...hahaha...biadap pulak rasa..tapi memang perlakuan tu terjadi secara spontan secara tidak langsung isyarat agar ibu itu faham..kehkehkeh....

menyedari keadaan saya..ibu ini pun meminta diri untuk pulang...

saya bersalaman dengannya..dan ada sedikit buah tangan untuk saya...
hilang ngantuk saya tengok beg poh kong ni...blink..blink
ha..ha...kek kurma dari poh kong rupanya.....

susah2 je..saya tak harap apa-apa balasan pun dari ibu ini..

tapi dalam hati saya terselit perasaan terharu dengan susah payah ibu ini..

semoga anaknya menghargai pengorbanan ibunya...

pada kita yang mempunyai ibu juga..

sanggup tak kita menyediakan keperluan ibu kita kalau terpaksa melalui jarak perjalanan yang jauh sehingga terkejar-kejar di malam hari?



Selasa, 21 April 2009

bubur mekna


sejak akhir-akhir ni bubur nasi ala-ala bubur mekD ni laris dirumah saya

bila maktok request bubur nasi untuk makan malam hari ni,saya cuba untuk tidak menghampakan

rasa-rasanya dah 4 kali mak tok mintak saya buatkan bubur nasi dalam bulan ni

betul ke sedap?

rasa bahagia bila tengok atok dan mak tok makan bertambah

tiada yang lebih bahagia bila tengok mereka menikmati masakan saya yang paling simple ni

kata kawan saya,rahsia bubur nasi ni sedap adalah pada botol ni..
juadah kami malam ni..bubur nasi mekna kata maktok...
resepi sangat mudah...

ps: hujung minggu ni ada mak buyung request muffin cheese pulak

akan kucuba tunaikan..hajat mak buyung nan sorang ni...

Ahad, 19 April 2009

air

disebabkan cuaca yang sangat panas sekarang ni,rasa macam nak bawak air banyak2 g sekolah

macam mana eh?takkan nak bawak fridge bottle 2 liter tu g sekolah,leceh la nak kena cari cawan bila nak minum,nak bawak g kelas macam mana?

selalunya bekalan air ku habis bila menjelang pukul 11 nak ambil air dari water cooler macam was-was je...

ku selongkar kabinet dan jumpa thirstquake tumbler lagi satu

menarik ni untuk bawak ke sekolah

yang hitam itu air minuman dari pukul 7 hingga 11,yang hijau tu air minum dari pukul 11 hingga 3..

haha..kata pun cikgu maths..haruslah bijak membahagi..

beraaapee banyak beg da..

satu beg suda...

ps : bersedialah dengan bekalan air dimasa hadapan...

hujung minggu

oh sangat panas cuaca sekarang ni

bangun pagi duduk kat dapur pun kena pasang kipas paling laju

tak cukup kipas siling,kipas meja pun pasang

gosok baju sejam pun rasa macam duduk dalam sauna

itu pun dah bukak pintu luas,kipas laju2,selak baju sana sini..haha

kalau duduk kat dapur memasak pun rasa macam2 sama2 kena panggang

saya yang berseorangan di hujung minggu ni bertambah la kemalasannya untuk memasak

tambah-tambah bila mak tok hantar mesej"tak yah masak,mak ayah makan luar"


wah.wah.wah...makan kat luar tak ingat ke kat anak tunggal dia sorang ni..kot kot la nak tapau kan untuk i ke..

saya yang masih lagi kepanasan menggosok baju rasa lapar pulak

terus buka peti ais tetiba datang idea..

menarik ni kalau dimakan sejuk..


tadaaa...
salad epal..itu saje buah yang ada(tipuu..ada buah oren tapi malas nak potong)

choc cake + ice cream

haaa..licin saya makan sorang2...

ps: atok balik tadi dia bising mak tok tido je dalam kete,sampai atok terbabas ke tol Pedas..

ala...itu pun mau bising ka,bukan terlajak sampai johor pun..

rilek la tok...tiap kali i drive atok tido,i tak bising pun!


Jumaat, 17 April 2009

muffin choc paling senang di dunia



esok kena baby sit 3 orang kanak-kanak tu sebab ibu diorang buat tuisyen dirumah

setiap minggu bila ibu buat tuisyen kanak-kanak itu akan dipos ke mari

minggu lepas kakak request muffin lagi

siap peluk-peluk n cium-cium mintak dibuat kan muffin

jadi sebelum esok kelam kabut ngan diaorg baik ku buat muffin ini awal-awal..

muffin ni digelar paling senang didunia sebab tak perlu butter,semua campur dan putar

hias la apa-apa ikut suka..

selamat berhujung minggu!

KEJOHANAN ANTARA TEKNIK





tempat : centre court,PAROI

muffin oh muffin

tetiba dtg angin nak buat muffin

bawa ke sekolah,ramai yang suka

ada yang merajuk tak dapat makan

sampai ada yang sanggup nak bayar harga muffin sebab 'paksa' saya buat muffin lagi

terima kasih mak teh bagi resepi tu..

dengan kawan-kawan yang suka kan muffin tu pun saya siap buat salinan resepi juga untuk diorg

tapi biasa la,macam-macam alasan,akhirnya...saya buat kan juga muffin untuk diorg

diorang bayar 1.60 sebiji muffin..

"minggu depan jual lagi eh"kata kawan saya

"tengokla(sebenarnya malas)" kata saya

haha..
muffin ni saya tabur badam je..special untuk atok

atok ngap 3 biji masa baru keluar dari oven

muffin blueberry..pic muffin cheese lupe nak snap



RESEPI(bole tukar2 filling ikut suka)
125 gram butter
120 gram castor sugar
175 gram plain flour
1 tsp serbuk penaik
sedikit/1 tsp serbuk vanilla
1 biji egg yolk
2 biji telur

FILLING

125 gram cream cheese
20 gram icing sugar
secubit garam

METHOD

1. Pukul butter dan gula sampai sebati dan fluffy

2. Masukkan egg yolk

3. Masuk telur sebiji demi sebiji

4. Pukul hingga sebati

5. Masuk tepungsedikit demi sedikit

6. Masuk serbuk vanilla

7. UNTUK FILLING:pukul cream cheese,sugar dan secubit garam hingga sebati

8.Jika cup besar,masukkan 2 sudu bsr batter and 1 sudu besar filling

9. Bakar selama 20 minit

Khamis, 16 April 2009

catatan mac 2009

salam kembali..

sengaja saya biarkan mac berlalu begitu saja tanpa ada apa-apa maklumat terkini

mac bulan yang penuh dengan pelbagai kenangan

ada suka ada gembira


ada tangis dan ada duka

namun tiada siapa yang mampu melawan takdirnya


6 dan 14 MAC 2009
(sebulan dah berlalu baru dpt update..sibuknyee saya kan)
kami menerima ahli keluarga baru lagi
segala persiapan diatur untuk hari bersejarah ini sudah pun tiba
alhamdulillah majlis berlangsung dengan selamat




haihh..kenapa pic kecil?

15 MAC 2009

di dalam keletihan mengadakan majlis,kami terima lagi berita gembira
AHMAD AMAR DANISH
selamat dilahirkan jam 6.00 petang
syukur yang tidak terhingga padaNYA





okeh..saya tinggalkan entry kali ini dengan

TAK MUNGKIN KERANA SAYANG-ALYAH
Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu

Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Rabu, 25 Februari 2009

jemputan

Dengan segala hormatnya menjemput rakan-rakan sekalian
ke majlis

khalid dan yati


harap sudi datang meraikan

Khamis, 19 Februari 2009

febuari muncul kembali

salam

kedatangan febuari mengingatkan saya berbagai perkara dan juga kerja yang perlu dibereskan.ujian bulanan,mesyuarat pibg,hari sukan dan acara besar yang akan berlangsung bulan mac nanti..

oohh...saya memang dalam keadaan yang sibuk,tertekan,penat dan ditambah lagi dengan cuaca yang panas sekarang ni.

minggu ni diadakan ujian pertama untuk pelajar tingkatan 5,hanya bab 1 dan satu perempat dari bab 2 sahaja yang diuji..berkali-kali saya mengingatkan pelajar untuk membuat ulangkaji bagi tajuk ini.hasilnya hanya 5 dari 33 orang pelajar saja yang lulus.hati saya panas apabila mengenangkan sikap pelajar pada hari ujian diadakan,tiada calculator dan tiada kertas graf.berlari saya ke bilik guru untuk mengambil kertas graf dan memberinya secara percuma kepada pelajar..

hasilnya,ramai pelajar yang mengembalikan kertas graf kepada saya dengan hanya menulis nama mereka sahaja..tadi saya denda pelajar yang gagal dengan berjalan itik disepanjang koridor.ada juga pelajar yang ponteng kelas saya tadi sebab tau saya akan denda mereka hari ini.saya dah set kan mode 'invisible' untuk pelajar2 tu...saya sudah anggap mereka tak wujud di depan mata saya.

seorang pelajar menulis "******* gemok la" pada kertas jawapan ujian.pelajar itu sering ponteng kelas,tahun lepas dia hutang duit buku kerja pada saya,pada hari ujian dia tidor sahaja sepanjang ujian berlangsung,kali pertama saya kejut kan dengan menarik telinga,kali kedua saya tarik side burn dan akhir sekali saya suruh dia berdiri sepanjang ujian.tak tidor pulak dia masa berdiri!

akhirnya, dia sekadar mendapat 5% sahaja markah.itu pun nasib-nasib kena peluru tabur.

pelajar ini memang sudah dibuang sekolah,tetapi ibu dia datang merayu-rayu sambil menangis minta anaknya di sekolahkan semula.pada saya,anak dia memang sudah tidak minat belajar,suka merokok,merempit sana sini dengan motor.tafsiran saya mudah sahaja untuk pelajar-pelajar ini,kalau dia tak bawa buku teks saya menganggap dia tidak minat subjek saya,kalau dia tak bawa buku latihan saya menganggap dia tak buat kerja yang cikgu beri,kalau dia hanya bawa beg kosong ke sekolah saya menganggap dia memang datang sekolah untuk buat kacau dan buat cikgu sakit hati sahaja.seringkali cikgu dipersalahkan dalam hal remaja tetapi derita cikgu hanya cikgu sahaja yang tahu..saya dah alami berbagai carutan di dinding tandas,dalam kertas jawapan ujian malah dalam surat berantai juga ada..

satu fenomena yang saya perhatikan sekarang ini,kalau majikan boleh buang pekerja yang malas,kenapa sekolah tak boleh buang pelajar yang malas dan bermasalah?

betul..salah satu matlamat dan dasar pendidikan negara adalah semua individu mesti mendapat pendidikan.tercapai kah pendidikan yang diberikan kalau pelajar selalu ponteng?

satu lagi dilemma yang saya hadapi sejak tawaran ke SMT dikeluarkan,pada pelajar yang diterima masuk,tahniah dan saya mengharapkan mereka menggunakan peluang ini dengan sebaik nya,pada yang gagal dan membuat rayuan,ada sahabat/kenalan/jiran yang mohon saya pertimbangkan rayuan anak mereka ke sekolah saya.apa yang mampu saya nyatakan,saya sekadar menyampaikan surat rayuan mereka kepada pentadbiran,saya tiada kuasa untuk meluluskan rayuan mereka.saya jadi bertambah stress apabila mereka kerap menghubungi saya bertanya kedudukan anak mereka...

apabila saya meneliti surat rayuan itu saya dapati pelajar ini memohon kursus yang tidak layak dengan keputusan masing-masing.saya juga sangat pasti ibu bapa mereka yang bersungguh-sungguh untuk mendaftarkan anak mereka di SMT ini.ada yang memberi alasan anak mereka suka keluar malam dan berharap anak mereka akan terkawal bila berada diasrama.

tanggapan mereka sebenarnya silap,pelajar ini lah nanti yang akan menjadi parasit pada pelajar-pelajar yang lain...menghasut pelajar lain 'fly',menghasut pelajar lain untuk menghisap rokok,membuat kesalahan luar tabii(kisah benar) di sekolah dan bermacam-macam lagi kes yang ibu bapa sendiri tidak jangka.

saya selalu katakan pada ibu bapa, kalau mereka mempunyai 4 orang anak pun tidak mampu mengawal anak sendiri,apatah lagi cikgu-cikgu yang mempunyai 700 pelajar di sekolah ini?
ditambah pula dengar pelajar sekarang yang sangat manja,tidak boleh dirotan,dijentik malah disentuh!!

cikgu-cikgu di sekolah saya juga resah dan debar menantikan pelajar baru tingkatan 4 yang akan mendaftar pada isnin minggu hadapan.orang 'di sana' sudah memaklumkan kepada kami jika enrolmen pelajar tidak mencukupi sehingga 700 orang,maka kami perlu menerima rayuan pelajar-pelajar yang parasit dan 'haprak' itu...

memang tugas kami mendidik tanpa mengira latar belakang pelajar,kami pohon pada ALLAH agar menguatkan hati kami untuk terus bersabar dengan 'ancaman' pelajar,terus ikhlas menyampaikan ilmu,dikurniakan tubuh badan yang sehat agar dapat bertugas dengan sempurna dari jam 6 pagi hingga 6 petang disamping bertarung nyawa untuk sampai ke sekolah pada setiap hari sebelum jam 7.20 pagi..

la haula wala quwata illah billa hil 'aliyil a'zim....

Jumaat, 30 Januari 2009

panas..dan sejuk

cuaca skrg panas di waktu pagi..hujan di sebelah petang

selesai sidai kain untuk trip yang ke-3

baring-baring atas katil

tetiba door bell bunyi 5,6,7,8 kali

angin tul..picit sekali tak bole ke..(door bell itu akan berbunyi 2 kali bila sekali picit,byg kan bila 10 kali)

capai tudung jenguk kepala

"acii...tukar satu ringgit ada ka?"

takde...

"tukar 50 sen?"

takdeeeeeeee...2 org anak kaf lam ya nga mana la ni dtg nak tukar duit kat umah den ni..

adakah rumah ku kelihatan macam kedai barangan terpakai?

dengan peti ais dan meja study di luar..

cepat la mak ngah angkut barang-barang ni..

oo..teringat air twister dalam peti ais di luar...



Qunut Nazilah

Sekadar ingat mengingatkan. Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


Sumber: JAKIM