Rabu, 16 Januari 2008

Mudah-mudahan Tiada Langit Yang Runtuh

BETUL ke ada ketikanya, sesekali lelaki akan datang anginnya... teringin nak jadi muda semula?ADA waktunya lelaki jugak meroyan, rindu pada rasa gemuruh, sesak dada, berdebar jantung, tatkala bercinta sekali lagi?Ada orang kata, lelaki bila bercinta sikapnya boleh berubah 360 darjah... dari macho ke marshmallow!Sebulan kebelakangan ni, saya beberapa kali tersentak-sentak mendengar cerita beberapa kenalan berskandal. Kalau bujang sama si gadis solo, taklah hairan sangat. Tapi yg saya tahu ni semua bapak orang sama emak orang. Apalah nak jadi dunia ni ye! Dunia ni dahlah makin tua, kenapalah dibebankan dengan segala benda-benda yg tak masuk akal! Sebab tu setiap kali Jumaat, bila langitnya mendung berubah gelap gelita, angin kencang sampai cermin kaca di pintu rumah bergegar, saya cuak....eh, dunia nak kiamat ke!Kalau lelaki-lelaki (bapak orang dan suami orang) ni ditakdirkan sejak azali nakal, terlebih peramah ke... atau zmn bujangnya kasanova ke... saya taklah tumpang pening memikirkannya bila dia berskandal dengan bini orang. tapi masalahnya, 3 lelaki yg saya kenal ni memang seingat saya, boleh jatuh dlm kategori lelaki yg tak ada potensi langsung utk menduakan isteri, khianati isteri atau membuka cawangan lain.Masing-masing pendiam... serius, kalau kita cakap 5 patah mungkin dia menjawab 1/2 patah... tiba-tiba boleh jatuh cinta sekali lagi dengan isteri org, dan ada tu tersangatlah in love dengan seorang janda. Dan, tetiba-tiba angin taufan ribut percintaan tu lebih hebat daripada yg pernah mereka lalui. Anak-anak setakat jengah dan ditinggal-tinggalkan. Prestasi sekolah anak pun jatuh menjunam-junam bila daddy sibuk bercinta lagi.Saya terkenang dan terfikir sendiri, kalaulah si isteri masing-masing tahu, alangkah hancurnya hati... tentu bergegar atau runtuh langit di atas sana. Sebab suami yg selama ini menjeling perempuan lain pun tak pernah, buat perangai mcm org muda... siap bersanding berarak berkompang... Alahai... bukankah lebih baik berterus-terang, biarpun itu menyakitkan sebab bila si isteri tahu ditipu itu hanya menghancur luluhkan perasaan. Sehingga kini, si suami semua ni maintain mcm tak ada apa-apa berlaku... melainkan mereka semakin sibuk dan akan terus sibuk. Si isteri yg taat dan penuh kepercayaan pd suami pulak anggap suami sibuk demi mencari kekayaan demi kekayaan...Bila saya dua kali fikir, saya terkenang semula, isteri-isteri yg saya kenali ni semuanya 'serius', susah nak senyum, jauh sekali nak berjenaka, biarpun dengan kenalan atau saudara mara sendiri. Sama suaminya pun macam komunikasi break-down... Senang cakap memang isteri-isteri ni garang! entahlah tak mau komen panjang-panjang bab ni. Cuma bila berbual dgn seorang rakan pejabat, katanya.. mungkin si suami-suami ni berasa teruja, berasa muda, berasa excited bila jumpa perempuan lain.. tak kisahlah biarpun tak berapa lawa, tak berapa bijak dari segi akademi.. tapi pandai memetik suis mereka!Saya cuma berdoa dalam hati mudah-mudahan tiada anak yg merana, yg disia-siakan atau mungkin menangis sehingga basah bantal, bengkak mata ke sekolah, bila tahu ayahnya nikah lagi!

Tiada ulasan: