semalam majlis pernikahan linda n anas(abaikan saja tarikh pada pic tu)...aksi menghirup kuah laksa dengan selamat..hehe
gambar majlis berinai yang sempat disambar sebelum pulang..
majlis persandingan hari ini ..manissss....
saat yang dinantikan oleh budak-budak dan mak budak...acara rebut gula n duit yang ditabur /dilempar/dibaling(kena kepala sakit oiii) oleh pengantin...
kesedihan di wajah alia kerana tidak berjaya merebut gula-gula..
hasil kutipan gula-gula...port kita line clear..pengantin lelaki 'baik' punya lempar gula-gula...takde sape pun nak rebut dgn kita...
tahniah pada family Wak U kerana mendapat menantu dan cucu pada hari ini...semoga tahun hadapan bertambah lagi ahli keluarga...
kenduri kali ini mata saya sakit dan hati saya panas..kelihatan ada tetamu yang datang ke majlis ni berpakaian alahai....macam nak pergi shopping kompleks...patut kah yang perempuan berseluar jeans atau memakai seluar pada majlis kenduri yang menjunjung adat dan budaya melayu begini...tak habis-habis mulut saya membebel sehingga ditegur oleh maktok.memang mulut saya tak boleh tahan tengok perempuan-perempuan yang berpakaian begini.ok,saya tahu majlis ni berdekatan dengan tempat membeli belah,kot-kot lepas kenduri ni nak pergi shopping ke sana...kenapa?salah ke nak pakai baju kurung nak pergi shopping kompleks lepas ni???mungkin sebab majlis kenduri ni bukan macam zaman dahulu,makan perlu duduk bersimpuh,sekarang ni makan di meja bawah khemah yang membolehkan anda pakai sedemikian??dan...adakah anda akan berpakaian sebegini juga jika jemputan majlis ini diadakan dihotel 5 bintang atau di dewan PWTC?
kembalikan la budaya kita dengan mengekalkan pakaian tradisional kita dimajlis2 begini...ada tetamu beragama Hindu yang datang ke majlis ini dengan berpakaian sari...so,kenapa kita yang beragama Islam nak datang ke majlis begini dengan memakai jeans???
nasib baik lauk-pauk yang dihidangkan tadi enak-enak,kalau tidak harus ku membebel2 sepanjang hiway tadi...
oppss.....teringat lauk kenduri buatku lapar...jumpa lagi..
supaya penerangan ku lebih berkesan,maka diberikan contoh pakaian yang sesuai dipakai di majlis perkahwinan Melayu(gambar ini diambil semasa sambutan Hari Guru yang lalu)
cantik kan berpakaian begini ke majlis perkahwinan Melayu?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan