Ahad, 17 Ogos 2008

yeayy..cutiii

waa..tak sabarnya nak tunggu cuti skolah kali ini.memang penat bila semakin hampir nak exam ni.setiap hari 2 jam waktu anjal dengan pelajar rasa macam habis tenaga saya untuk satu hari.minggu sebelum cuti ni cuaca sgt panas,students pun ramai yang demam n batuk.saya pun tak terkecuali,tapi dlm batuk2 saya ni,bila ada pelajar yang bagi buah manggis,saya sapu jugak..hahaha..rezeki

mak yang kurang selera makan sejak akhir-akhir ni mengadu pada saya dah tak tau nak masak apa setiap kali saya balik dari sekolah.so, saya janji dengan mak,cuti skolah kali ini biar saya je yang masak.kesian mak..saya bila balik dr sekolah memang flat terus..tapi badan tak susut2 jugak...hehehe

so,saya ajak mak ngah A buat projek masak-masak cuti ni,kemain lagi kami memborong brg2 untuk buat projek masak-masak ni.kat G***t pun dh byk dijual peralatan/bhn2 untuk buat kuih...so,projek pertama saya hari jumaat mlm lagi dah mula...

apple muffin saya..

satu adunan saya dpt 25 muffin.manis sgt kata mak.lain kali saya nak buat lagi dgn mengurangkan gula dan adunannya.saya beri 12 muffin pada mak ngah A dan yang selebihnya saya dan SEMUT makan.geram nyaaaaa....baru berhajat nak beri pada org lain semut dh mkn dulu...akhirnya saya buang saja muffin saya tu.sedih oo...dah la brg mahal skrg ni.bila saya campak muffin tu dlm tong sampah,macam saya campak duit saya dlm tong sampah..ape nak buat,salah saya juga...kena buat sampan supaya semut tak bole sampai ke bekas muffin saya tu patutnya!!






hari Sabtu mak dan ayah ada kenduri di 2 buah rumah.saya yang tinggal sorang2 dirumah memang la sangat malas nak masak.saya hanya menghabiskan masa mencuci pakaian dan menyiapkan barang2 hantaran untuk majlis Sabtu depan.dah jadi tabiat saya,kalau menyiapkan barang-barang hantaran tu masa takde org kat rumah.agaknya bila duduk sorang-sorang ni mencurah-curah idea yang datang.saya rela tak mandi dan makan..hehe...selesai je saya menyiapkan kerja-kerja tu mak pulang dengan lauk ayam kurma dan kari
daging.alhamdulillah rezeki....so,takde la projek masak-masak untuk hari sabtu ni..saya hanya masak nasi saje...





(15 syaaban-nisfu syaaban)saya menziarah adik ipar di Hosp Tuanku Najihah..kesian dia mabuk teruk dan kekurangan air.pertama kali sampai di hospital ni jakun jugak.bila adik ipar kata wad 6 dlm kepala saya tingkat 6,tapi hosp ni 2 tingkat je??..hehe...hospital ni nampak tenang je,tak sesibuk Hosp Tuanku Jaafar dan pesakit pun tak ramai dan oleh sebab itu adik ipar saya selesa di hosp ni.saya berdoa kali ini agar mak dpt berjumpa dengan besannya di hosp ni,tapi doa saya belum dimakbulkan lagi.InsyaALLAh panjang umur mak dapat berjumpa dengan besannya.Ini juga lah doa saya dan mak ngah A sebelum sampai di hosp ni.


balik dari hosp saya hantar mak balik dan terus ke jemputan birthday party cucu mama tupperware.saya dan mak ngah serta kanak-kanak tu berpusing-pusing mencari rumahnya di R***h K*****n...sangkanya RK tu di belakang K Square..tapi silap.maka kami terus ke S2..sampai kesana berpusing2 lagi mencari RK sehinggakan Alia dah hampir mahu tidur kepenatan.

sampai disana majlis dah bermula,ada acara bola beracun,tapi kanak-kanak 3 org tu biasa la,anti-sosial sikit,puas dipujuk pun tak nak join.tapi hadiah nak pulak.ada juga cabutan bertuah,macam party tupperware pun ada jugak....lepas masing2 dapat hadiah,kami terus cabut balik

lucky draw yang saya dapat

sampai kerumah mak dah sound saya-"kata nak masak untuk seminggu?"..hehe..adoiii...saya sengih je dan offer hadiah yang saya dpt tadi kat mak.tapi mcm biasa la...tak laku pun offer saya.merajuk la tu..



so,kembali dengan projek masak-masak saya hari ni

masak lemak peria dan udang

saya bedak kan ikan dan udang saya dengan tepung tempura...
hehe


sengaja saya menaip panjang-panjang untuk entry saya yang ke-200 ni..seronok pulak bila dah mencapai entry yang ke-200..macam tulis 200 mukasurat..hehe..chowww














Tiada ulasan: