minggu yang sibuk,baru sempat untuk update blog
hari pertama persekolahan lagi kami dah dilawati oleh Jemaah Nazir Persekutuan
sibuk saya mengupdate maklumat guru baru pagi tu,makan nasi lemak kat kantin pun rasa payah nak tertelan.
sibuknya..
hari kedua persekolahan seawal jam 10 pagi mesyuarat kurikulum,lepas tu mesyuarat ko kurikulum,lepas tu mesyuarat HEM
sibuknya..
hari ketiga persekolahan Pengetua dah naik kan pekeliling tatacara pemakaian berkabung sehingga 4 feb 2009.semua orang cari
tudung hitam,songkok,riben hitam dan riben putih..kedai-kedai kat KP ni jugak la yang buat duit.riben putih yang sebelum
ni takde sape pun pandang dijual RM5
sibuknya...
hari keempat persekolahan saya mesyuarat di PPD..hari ni juga kenduri doa selamat di rumah saya...mak dapat menantu,
nak dapat cucu dan abang saya sefamili yang akan terbang ke UK.seawal pagi dah menyiapkan bilik pengantin dengan mak ngah,
balik dari mesyuarat terus siapkan goody bag
sibuknya..
hari kelima persekolahan mesyuarat rumah sukan..PPI guru pemimpin 13 orang tapi ahlinya 7 orang saja.mcm mana nak masuk kawad?
mana pegi ahli yang lain?
sibuk ke?...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan