pagi ni saya ada kelas maths dgn 5PPN,dengan saya sedari pengetua masuk ke kelas dari pintu belakang
syukur dalam hati lesson plan dah siap,ahh..ngajar mcm biasa la.apasal lak nak berlakon kata saya dalam hati.sempat jugak jeling kat tudung saya kot2 lupa pakai nametag.nasib baik ada..
loceng pertama berbunyi...ala...tak nak keluar lagi ke pengetua ni...sambung lagi topik suruh pelajar buat latihan di papan hitam.dengan harapan masa akan berlalu dengan pantas..
soalan pertama hingga soalan kelima pelajar jawab di papan hitam.mata saya sempat jeling jam di tangan pelajar.nak jeling jam sendiri takut pengetua perasan pulak cikgu ni ngajar asyik tengok jam...
loceng kedua berbunyi..masuk la sub topik seterusnya...topik lebih berat.saya menggunakan dwibahasa tanpa rasa bersalah..kalau idak lagi le tak faham bebudak...
tiba-tiba pengetua keluar dan melambai serta mengajak saya berbincang di koridor...
Pengetua: cikgu 3 masa ke hari ni?
saya : ya..
Pengetua: saya nak keluar dulu la
saya : cikgu nak observe cikgu lain pulak ke?
Pengetua : tak la.saya lapar..
saya : dalam hati..tau pun...ko ingat aku ajar 3 masa tak lapor?
Pengetua : ok la...saya tengok cikgu pandai ngajar.budak2 bla..bla..bla...
saya :dalam hati...ni puji ikhlas ke tidak..ke....nak smash aku sat lagi.
Pengetua: tapi cikgu lupa satu perkara...cikgu lupa nak berikan pujian kepada pelajar bila pelajar selesai memberi jawapan
saya : err...ye lah cikgu..sambil buat muka sengal...saya lupa..
hahaha....memang kalau lepas pelajar menyelesaikan soalan di papan hitam.saya akan terus tanya pelajar yang lain,betul ke jawapan yang kawan awak ni beri....??
ya..satu pelajaran untuk saya pada hari ini...berikan pujian lebih kepada pelajar
lepas rehat saya masuk kelas 5 PPU pulak...seorang pelajar lelaki yang tahun lepas kerap tidak hadir ke sekolah dan hari ini muncul...
saya katakan pada dia...'cikgu suka dapat jumpa awak hari ni..lama saya tak jumpa awak.bagus la awak dah berubah'
10 minit sedang saya mengajar pelajar itu tidur.hati saya mula panas...
ahh..malas saya nak tegur.spoil mood saya je..saya sekadar senyap seketika dan memandang tajam pada dia.mungkin aura saya tepat kena pada dia.pelajar itu tiba2 bangun...dan meminta maaf pada saya...hati saya sejuk kembali...
saya juga cikgu yang sedang belajar..
I am just a human, not a saint...am not perfect but compared to others, I'm better. That is why I am a teacher though it seems like it is impossible for a teacher to make a mistake . But still, I am only human and due to this I am allowed to make mistake. You may highlight my mistakes, but to criticize me of being a teacher...that is sad. . I'd rather work with machine than human...but that is impossible. Thanks anyway, I appreciate all the comments. Peace!
selingan: hari ni 2 orang lagi cikgu baru masuk.setakat ni dah 9 guru baru..ramai cikgu kecik hati sebab depa ni dok berkumpul belonggok satu group tak nak campur cikgu2 lama...mungkin sebab depa ramai
teringat saya dulu mula2 posting di Pahang...sorang2 ke sana ke mari...takut2 nak tegur cikgu lama tetapi akhirnya kami cepat mesra...cikgu baru sekarang ni..entahlah....kalau nak jual beli kelas nanti jangan cari cikgu lama eh....ha..baru padan muka!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan