Isnin, 6 Oktober 2008

cerita raya


kami sewarna di pagi raya

ziarah kubur oleh bapak-bapak



raya kali ni saya masih lagi menyambutnya bersama family di S*****ng.takde apa perasaan pun raya kali ni.pak ngah sefamili menyambutnya bersama kami kali ini bersama2 dgn ahli keluarga lain yang masih bujang

pagi sabtu saya bawa mak ke pasar tani.saya tak nak sibuk2 membeli segala mcm lauk pauk pada saat akhir biarpun ada pesta beli daging yang kononnya berharga rm15 sekilo pada hari 'mantai'.
sempat juga saya dan mak ngah maraton buat biskut dahlia dan cornflakes madu pada tengah harinya.bersemangat pulak kami membuat biskut raya kali ni menjadikan koleksi biskut raya rumahbuat(home made) kami 4 jenis.satu pencapaian yang membanggakan jugak.heee

juadah wajib kami 'sambal goreng' kegemaran ayah siap pada hari isnin.sengaja kami buat awal untuk memenuhi permintaan ayah.kuah kacang,rendang ayam,kuah lodeh,ketupat palas,nasi himpit siap dimasak pada esoknya.raya skarang ni mudah,tak perlu risau untuk menyiapkan juadah pada hari teropong anak bulan.memang dah confirm bila hari raya.tak mcm masa saya sekolah rendah dulu,teruja nak dengar pengumuman raya.

pagi raya semua ahli keluarga bersembahyang raya termasuk la AN.selesai solat kami kerumah ustaz S dan ustaz K.dah jadi tradisi kami untuk beraya kerumah tuan guru selepas solat raya.
sangkaan saya selepas itu kami akan pulang ke rumah untuk bermaaf-maafan.tapi ayah meneruskan program ziarah ke rumah yang lain.maka menunggu la saya bersama-sama ahli keluarga yang lain hingga jam 1 ptg dengan hati saya yang bercampur-campur dgn berbagai perasaan.sejujurnya saya tak nak menangis di pagi raya kali ni,tapi apabila menerima sms dr ** saya sangat sedih.maka berlangsung la sesi bermaafan saya kali ni tanpa kata-kata.sekadar linangan air mata dan sedu sedan saya saja.

petangnya kami menziarah Tok Sedara yang berumur 91 tahun di Semenyih.itu la satu2 nya datuk yang masih ada.esoknya kami ke Meru,Sungai Way dan Subang.malam sabtu kami beraya ke rumah bakal besan ayah.semalam saya beraya di rumah kakak di TTJ.itu saja program ziarah saya pada raya kali ini.oh yaa...sebelum cuti raya hari tu sempat saya menghulur angpau pada geng bas sekolah saya untuk diberi pada anak2 mereka.nasib baik anak mereka sorg je..dengan pemberian angpau itu juga bererti tak perlu lah mereka bersusah payah untuk beraya ke rumah saya kali ni.boleh diterima tak idea itu?

sekian sahaja cerita raya saya kali ini.adakah cerita raya ini akan berulang lagi pada tahun hadapan?doakan saya bahagia...
permata hati saya

ibu-ibu di rumah bakal besan ayah
zafran si baju kuning yang buat iklan colgate di sebelah AN rambut kembang

Tiada ulasan: