Isnin, 20 Oktober 2008

patut kah?

seorang ibu mengadu perihal seorang anaknya yang menelefon dan meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila si anak ini pulang tetapi ibu tak menanyakan perihal makan minumnya,anak ini tidur tanpa ibu menyiapkan tilam dan bantalnya sedangkan anak yang lain disediakan bilik untuk tidur,anak ini pulang tetapi ibu hanya membisu tidak bertanyakan perihal dirinya,ibu mempunyai telefon tetapi ibu tidak pernah menelefon bertanyakan khabarnya

tergamak anak ini berkata demikian pada ibunya

apakah anak ini pernah mengambil tahu kebajikan ibunya?
apakah anak ini pernah menelefon ibu saban hari bertanyakan apakah ibu sudah makan?tetapi sanggup menelefon buah hatinya setiap jam..
apakah anak ini membuat sesuatu yang menggembirakan hati ibunya?

ada air mata pada kelopak ibu ini

mungkin dalam hatinya terdetik sesuatu
tetapi tak terluah di bibir
takut-takut kata-kata ibu yang tidak baik akan menjadi doa pada anak ini

berulang kali saya memujuk ibu ini
jangan hiraukan kata-kata anak
sabarlah ibu
itu saja yang mampu saya luahkan walau hati menggunung marah pada anaknya

Syurga Di Telapak Kaki Ibu


Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan




Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Tiada ulasan: