Jumaat, 31 Oktober 2008

post syawal

dengan berakhirnya syawal maka berakhirlah sesi makan-makan di bilik guru

yess!! berjaya juga pakatan saya dengan rakan-rakan untuk memboikot kantin

selepas saya di lada(dari perkataan asal-lada) oleh makcik kantin,sy pakat ngan kawan2 buat potluck.kawan-kawan..jgn pegi kantin

ada ke patut bila saya tanya kenapa laksa ni pedas sangat,dijawab bersahaja "saje je..nak melada cikgu2"...memang bertambah la panas mulut+hati+badan saya yang sedang kepedasan ketika itu...

seronok bila buat potluck,kawan2 bawa resepi yang saya tak pernah makan sebelum ni-rendang ikan sembilang,asam pedas itik,rendang kijang...haha..makan dan makan dan makan kami setiap hari.

makan tanpa mempelawa orang-orang ' besar',maka lagi la berselera kami makan...

rugi pulak takde camera,sejak akhir2 ni saya sangat malas untuk mengambil gambar..hmmm

peperiksaan spm cuma tinggal kurang dr 15 hari,saya pulak yang kecut perut tengok prestasi pelajar.tapi budak-budak ni selamba je...makin malas dtg sekolah.konon study sendiri di rumah...hmmm.saya doakan yang terbaik untuk mereka,segala ilmu yang telah saya beri telah pun saya halalkan.

bila diingat2 balik,teringat masa saya mengajar kelas peralihan di SMK***.pelajar2 bukan melayu yang selalu gaduh dengan saya dalam kelas,akhirnya saya kena panggil dengan pengetua sebab rotan pelajar bukan pelajar yang kena panggil,adilkah?pelajar sekarang tak boleh disindir,tak boleh dirotan,tak boleh disentuh...akhirnya...cikgu yang kena tumbuk dengan pelajar.patut kah??

tapi itu semua pahit manis menjadi guru,di mana-mana sekolah yang saya mengajar,cabaran tetap ada...

berikut saya paparkan sesuatu untuk anda semua nilaikan.tolong komen sebab kotak komen saya menanti respon anda...

Tiada ulasan: